Sejarah Sekolah

logo ska 2

Sekolah ini mula ditubuhkan pada 10.3.1957 dengan nama Government Primary English School,  Sungai Mati,Muar.

Guru Besar yang pertama ialah En.Justine A.Monteiro dengan murid seramai 104 orang.Pada 3.5.1957 En.Justine telah bertukar dan digantikan oleh Encik Kahar Bin Hashim. Pada 1.1.1959 sekali lagi pertukaran guru besar berlaku. En.Kahar telah digantikan oleh Encik Illias Bin Kassim.

Pada 1.1.1960 nama sekolah telah ditukar kepda “Abdullah Primary School” mengambil sempena nama Penghulu Abdullah Bin Samsu iaitu penghulu pertama kampong Sungai Mati. Pada 11.3.1964 bangunan sekolah telah dibuka dengan resminya oleh Allahyarham Y.B Dato’ Hj.Hassan Bin Hj.Yunos,Menteri Besar Johor pada masa itu. Bilangan murid diAbdullah School semakin bertambah dari tahun demi tahun. Oleh itu pada 10.2.1974 bangunan tambahan 2 tingkat siap dibina oleh kerajaan. Pada tahun yang sama sekolah mendapat tar dan dua gelanggang badminton/sepak takraw melalui Dato Ngah Bin A.Rahman,wakil rakyat kawasan Ledang. Sekolah juga juga telah mendapat bekalan elektrik.

Pada 1.9.1977 Encik Illias Bin Kassim telah bertukar ke Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Pentadbiran sekolah telah diambil alih oleh GPK Encik Boo Cheng Hock. Pada 1.1.1978 SRK Abdullah mendapat Guru Besar baru iaitu Tuan Hj.A.Rahman Bin Said. Beliau berkhidmat di sini sehingga 31.12.1984. Seterusnya persaraan beliau digantikan oleh Tn.Hj.Ismail Bin Md.Som dari 1.1.1985 sehingga 15.12.1987. Pada 16.12.1987 Tuan Hj.Safiee Bin Md Tap telah menggantikan tempatnya. Pada 16.2.1991 Tn.Hj.Sapiee telah bertukar suka sama suka dengan Tn.Hj.Mohammed Bin Haron yang bersara di sini pada 16.4.1992. Selepas itu GPK En,Mustaffa Bin Ahmad telah memangku jawatan Guru Besar sehingga 1.12.1992 digantikan oleh Guru Besar bnaru iaitu En.Adam Bin Adas sehingga 1.7.1994 yang berhijrah ke Johor Bahru. Tempat beliau telah digantikan oleh Encik Abd.Rahim Bin Abu Bakar hingga bersara. Kemudian tempatnya digantikan oleh Encik Hasan Bin Manaf mulai 1.1.1995 hingga 15.9.1998 dan seterusnya A.Aziz Bin Yusof mulai 16.9.1998 sehingga 15.7.2003 yang bertukar ke SK Ledang. Tempatnya digantikan oleh Pn.Hjh Azlah Bt Hj.Othman sehingga beliau bersara juga di sini pada 5.3.2008. Kemudian, jawatan guru besar SK Abdullah telah dijawat oleh En.Miswan Bin Hj.Tori sehinggalah digantikan oleh Pn Hjh Feroz Binti Mahpop selaku Guru Besar. Kemudian pada tahun 2017, jawatan Guru Besar telah dijawat oleh En. Mohd Zaki bin Abdullah sehingga kini.

Comments are closed.